Story cover image
Cover image via Astro Awani

'Angkat Sumpah Dilambatkan' - Ini Perkara Wajib Tahu Kenapa Upacara Diadakan Pada 9:30PM

Baca, hadamkan.

Pada tanggal 10 Mei, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh menggantikan Dato' Seri Najib Tun Razak setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Image via Astro Awani
Image via M Star

Tun Mahathir telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Tun Mahathir tiba di Istana Negara pada lebih kurang 5 petang diiringi isteri Tun Dr. Siti Hasmah

Image via

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 9.30 malam.

Namun, kejadian ini telah membuatkan rakyat Malaysia berasa tidak puas hati dengan jarak waktu yang diberikan oleh Agung untuk upacara tersebut bermula. Ramai yang menyangka ini adalah taktik buruk dan sebagainya.

Namun, isu ini telah dikupaskan oleh sebuah page di laman Facebook tentang perkara yang anda perlu tahu kenapa upacara itu diadakan pada jam 9:30 malam, bukan 5 petang.

Baca penuh di bawah:

Rakyat telah salah faham apabila Tun M ke Istana Negara pukul 4.40 petang dan dianggap upacara angkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri akan terus berlangsung pada ketika itu

Image via Berita Harian

Namun sebenarnya banyak lagi proses yang perlu dilalui supaya upacara ini berjalan dengan lancar, antaranya:

1. Sebenarnya pada waktu petang adalah upacara menghadap sembah atau bak kata mat saleh, "an audience" with YDPA. Bukan Tun M seorang yang mengadap malah semua ketua atau wakil parti komponen PH yang menyokong Tun M sebagai PM turut dipanggil mengadap.

2. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, ia merupakan proses untuk baginda benar-benar mengenalpasti dan meyakini bahawa Tun M adalah individu yang paling banyak mendapat sokongan ahli dewan rakyat untuk mengetuai kerajaan.

3. Selepas selesai sesi mengadap dengan semua ketua parti komponen PH selesai dan baginda telah meyakini bahawa Tun M mempunyai sokongan yang cukup untuk mengetuai kerajaan maka barulah baginda bertitah untuk majlis mengangkat sumpah jawatan PM dilakukan pada pukul 9.30 malam.

4. Kenapa jam 9.30PM?

Kerana YDPA selalunya mengendalikan apa-apa upaca selepas selesai solat Isyak kecuali jika ada halangan atau masalah yang tertentu. Mengikut waktu solat Maghrib yang selesai dalam pukul 9PM, mereka bersiap hinggalah pukul 9:30PM. Itu sebabnya.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia tidak perlulah anda menyebarkan fitnah kepada Agung sendiri mengatakan ada muslihat disebalik upacara ini ya. Kaji selidik terlebih dahulu. :)

Daulat Tuanku!

Image via Mak Cik Bawang / Facebook

Tonton klip penuh upacara angkat sumpah di bawah:

Berita terkini mengenai #PRU14 hanya di SAYS SEISMIK:

GE14 Stories