Story cover image
Cover image via Reuters

Anwar: "Najib Hubungi Saya 2 Kali Pada Malam Pilihan Raya Untuk Minta Nasihat"

"Pada panggilan kedua, dia benar-benar hancur dan kecewa."

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sangat kecewa pada malam PRU14 dan terpaksa menghubungi DS Anwar Ibrahim bagi mendapatkan nasihat

Image via Reuters

Ia marupakan satu kejutan besar buat Najib apabila mereka kalah dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Barisan Nasional telah memerintah Malaysia selama enam dekad.

Anwar, yang telah diampunkan dan dibebaskan dari hukuman penjara lima tahun untuk kes liwat pada Rabu, memberitahu Reuters dalam satu temu bual bahawa beliau menerima dua panggilan telefon daripada Najib malam itu.

"Apabila beliau menelefon pada malam pilihan raya lalu, saya sebagai sahabat menasihatkannya supaya terima kekalahan dan teruskan hidup," katanya.

Anwar berkata, beliau meminta Najib supaya segera membuat kenyataan bagi mengelak dilihat cuba melengahkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan PH pada malam itu.

Pada sidang media sehari selepas PRU-14, Najib berkata tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dan beliau memberi kepercayaan kepada Yang di Pertuan Agong untuk menggunakan budi bicara baginda memilih Perdana Menteri baru.

Dalam panggilan tersebut, Anwar berkata, Najib cuba memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan siapa yang boleh menasihatkannya

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menawarkan sebarang perjanjian serius kepadanya.

Tahun lepas, Najib melawat Anwar di hospital ketika beliau sedang pulih dari kecederaan bahu. Khabar angin mengatakan bahawa Najib telah membuat perjanjian sampingan untuk bergabung dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika sekalipun beliau menawarkan perjanjian itu, saya hanya akan mengabaikannya... saya hanya mendengar apa yang beliau katakan," tegas Anwar.

Anwar berkata, pada panggilan kedua, Najib "benar-benar hancur dan kecewa"

Image via

Menurut Reuters, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut tentang perkara itu.

Anwar juga mengingatkan penyokong agar tidak berdendam terhadap Najib.

Beliau turut menyeru penyokong Pakatan Harapan untuk membenarkan undang-undang membawa keadilan dan tidak dibutakan oleh kemarahan terhadap bekas Perdana Menteri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Najib kini menjadi bahan bualan orang ramai apabila polis membawa keluar lambakan barang berharga dari kediamannya sejak semalam:

Menarik lagi di SEISMIK:

GE14 Stories