Story cover image
Cover image via Straits Times

"Kami Delusi; Kami Khayal Dan Kami Jadi Terbawa-Bawa," KJ Tentang Kekalahan BN Dalam PRU14

"Tiada siapa yang mahu mengakui kami bermasalah. Itulah kesilapan besar pada pihak kami."

Selepas kekalahan UMNO-BN dalam PRU14 baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin tampil menyatakan dukacitanya

Image via Channel News Asia

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ dalam sesi temuramahnya bersama Channel NewsAsia berkata,

"Apa yang berlaku ialah kami (UMNO) menjadi delusi; kami khayal dan kami jadi terbawa-bawa,"

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan kesal ketika ditanya apa yang patut dilakukan bagi mengelak 'pertumpahan darah' pada 9 Mei lalu yang menyaksikan gabungan BN yang diketuai oleh UMNO kehilangan kuasa persekutuan buat pertama kali sejak kemerdekaan negara lebih daripada enam dekad yang lalu.

"Kami tidak mahu mendedahkan 'individu' itu, tiada siapa mahu walaupun selepas Muhyiddin dan Shafie disingkirkan... Tiada siapa yang mahu mengakui ada masalah (di dalam parti), dan itu adalah kesilapan besar dalam pihak kami,"

Kegagalan untuk menyatakan 'kebenaran' bagi 'melindungi' Najib adalah satu kesilapan

Image via My Suara

KJ berharap beliau telah menyuarakan kepada pemimpin parti UMNO ketika itu bahawa mereka telah ditolak, apabila bekas Perdana Menteri DS Najib Razak menjatuhkan bekas timbalannya, Muhyiddin Yassin kemudian naib presiden Shafie Apdal dari kabinet selepas kedua-dua mengkritik mengenai 1MDB, dana negara di mana berbilion wang 'lesap'.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata kesilapan itulah yang terpaksa ditanggungnya sepanjang hayat.

DS Najib dan isterinya DS Rosmah Mansor ketika ini dihalang dari meninggalkan negara, hasil daripada laporan bahawa kerajaan kini sedang membuka semula siasatan ke dalam skandal rasuah berbilion wang dalam 1MDB

Image via MalaysiaKini

"Ya, ada isyarat jelas tapi kami seakan tidak sedar adanya isyarat itu," kata KJ.

"Ini tidak boleh berlaku lagi, kita tidak boleh membiarkan pemimpin kita di UMNO terlepas dari realiti," tambah KJ.

Beliau menyatakan UMNO tidak boleh lagi mengelak daripada ditanya soalan sukar.

"Sekiranya kita meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin dari kebenaran, UMNO akan pupus," kata Khairy seperti yang dilaporkan CNA.

Walaupun beliau menyalahkan bekas presiden parti DS Najib atas kekurangan kepimpinan BN dalam PRU14, KJ berkata kekalahan parti itu adalah tanggungjawab kolektif

Image via Berita Harian

Kedua-dua BN dan UMNO perlu menerima bahawa mereka telah ditolak secara sistematik oleh rakyat agar kesilapan yang sama tidak akan berulang, tambahnya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

GE14 Stories