Story cover image
Cover image via SAYS via SCMP

"Segera Bina Semula Negara" - Kenyataan Rasmi Anwar Ibrahim Susulan Lawatan Tun Mahathir

DS Anwar Ibrahim juga dijangka akan dibebaskan dari penjara dan bebas berpolitik mulai esok, 15 Mei.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir telah mengumumkan pelantikan tiga anggota kabinet utama iaitu Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, dan Menteri Dalam Negeri

Image via KOSMO

Pelantikan tiga anggota kabinet utama ini menyaksikan tiga tokoh politik dari gabungan Pakatan Harapan iaitu Lim Guan Eng (DAP) sebagai Menteri Kewangan, Mohamad Sabu (AMANAH) sebagai Menteri Pertahanan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU) sebagai Menteri Dalam Negeri.

Selain Tun Mahathir daripada BERSATU yang menduduki kerusi utama sebagai Perdana Menteri, wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengisi posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit kekeliruan apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menganggap perbincangan masih berjalan dan pengumuman jawatan utama yang dibuat oleh Perdana Menteri itu masih belum muktamad

Rafizi menyatakan lagi, sebarang keputusan yang diputuskan mestilah melalui perbincangan yang dibuat oleh keempat-empat gabungan parti dalam PH dan keputusan diputuskan secara sebulat suara.

Hasil dalam satu pertemuan yang berlangsung di antara Tun Mahathir dengan DS Anwar Ibrahim, satu kenyataan media telah dikeluarkan

Image via Facebook Bebas Anwar

Dalam kenyataan tersebut, Anwar telah menyatakan sokongan padu yang dibuat PKR sebelum ini terhadap kepimpinan Tun Mahathir.

Namun, wujud keresahan dalam pimpinan dan mereka meminta sebuah rundingan yang lebih merangkumi diadakan dan perkara ini telah pun disampaikan kepada Perdana Menteri.

Menurut beliau lagi, perkara ini disambut baik oleh Tun Mahathir namun perlu melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan dan ia adalah atas keputusan bersama.

DS Anwar juga turut menggesa mereka yang menerima mandat rakyat agar segera menjalankan tugas-tugas untuk menyelamatkan negara.

Boleh baca kenyataan penuh beliau di bawah:

Pemimpin tidak rasmi PKR, DS Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan dari penjara esok, 15 Mei, setelah menerima pengampunan penuh dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Image via The Mainichi

Apabila diminta pengesahan perihal perkara ini, anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh memaklumkan kepada media bahawa bapanya dijangka bebas Selasa ini.

"Ya," kata Nurul Izzah melalui mesej teks kepada Malaysiakini apabila diminta mengesahkan sama ada Anwar akan dibebaskan pada Selasa atau tidak.

Menurut laporan Astro Awani, DS Anwar akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sendiri pada esok hari di istana.

Jawatankuasa Pengampunan Diraja dijangka akan bersidang pada pagi Selasa.

"Insya-Allah sejurus selepas pertemuan itu Anwar Ibrahim akan dibebaskan,” kata Rusli Ibrahim, adik kandung Pemimpin PKR terbabit.

Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat, dimana pertuduhan ini telah disangkal oleh beliau serta penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SAYS Seismik:

GE14 Stories