Story cover image
Cover image via The Malaysian Times

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Letak Jawatan

Surat peletakan jawatan telah diserah kepada KSU.

Pagi ini, ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan

Image via The Malaysian Insight

Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Dzulkifli menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan setelah itu dihantar kepada Tun Mahathir untuk kelulusan.

Tiga hari lepas, Tun Mahathir berkata beliau tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan kepimpinan pada peringkat atasan SPRM jika didapati badan pencegah rasuah itu tidak berlaku adil

Beliau juga sebelum ini mendakwa SPRM gagal bertindak terhadap amalan rasuah termasuk semasa Pilihan Raya Umum ke-14.

Image via

Buat masa ini, jawatan itu kosong dan masih belum ada keputusan tentang calon baru

Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan tertinggi SPRM pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun nama Abu Kassim kini disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Najib Razak juga letak jawatan:

Ini apa yang Tun Mahathir katakan 3 hari lepas:

Imbas kembali detik bersejarah Malaysia:

GE14 Stories