Story cover image
Cover image via malaymail.com

[TERKINI] Lim Guan Eng Adalah Menteri Kewangan Malaysia Yang Baru

Tun Dr Mahathir juga menamakan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

Lim Guan Eng dikurniakan jawatan sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan

Image via New Straits Times

Dalam sidang media ini, beliau dengan rendah diri menerima jawatan tersebut.

“Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang Cina, tetapi saya adalah orang Malaysia,” jawabnya ketika diaju soalan daripada wartawan dari negara China mengenai perasaannya menjadi menteri berbangsa Cina.

Selain itu, PM Tun Mahathir mengumumkan Menteri Dalam Negeri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertahanan iaitu Haji Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Image via SAYS

Pengumuman ini dilakukan setelah selesai mesyuarat pembentukan kabinet oleh Pakatan Harapan yang diterajui oleh PM Tun Mahathir, untuk membentuk kerajaan Malaysia

Pakatan Harapan menggunakan formula 3-3-2-2 untuk pembahagian kementerian dimana pembahagian itu mengutamakan lantikan kepada ahli yang sesuai. 

Pengumuman ini diadakan di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. 

PM Tun Mahathir juga akan mengumumkan lagi tujuh kementerian yang akan meneraju penubuhan kabinet Malaysia kelak

Kementerian yang akan diumumkan adalah Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri, serta Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi.

Beliau juga akan menekankan kepentingan wanita dan anak muda dalam pembentukan kabinet ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK:

GE14 Stories