Story cover image
Cover image via Sarawak Report / Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

DS Najib, Isteri Disenarai Hitam Keluar Negara

Mereka tidak dibenarkan keluar negara buat masa ini.

Bekas perdana menteri Dato' Seri Najib Razak menyatakan niatnya untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini

Image via Global Journalists

Perkara ini dinyatakan dalam laman rasmi Facebook miliknya bahawa beliau masih komited untuk membantu proses peralihan kuasa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selepas empat puluh tahun dalam arena politik dan berdasarkan kempen pilihan raya baru-baru ini yang dilihat merupakan satu detik penting dalam sejarah Malaysia, saya membuat keputusan untuk bercuti untuk tempoh yang pendek dan meluangkan masa bersama keluarga."

Katanya lagi, “Kepentingan Malaysia dan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dan saya berhasrat untuk terus berkhidmat kepada mereka dalam apa jua kapasiti yang saya boleh.”

Image via My News Hub

Dalam kenyataannya itu, beliau turut memohon maaf diatas sebarang kekurangan dan kesilapan yang terjadi dan beliau berterima kasih kepada rakyat kerana diberi peluang untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik. Beliau berharap agar selepas tempoh perpecahan ini, negara akan kembali bersatu.

"Menjadi penghormatan seumur hidup saya untuk berkhidmat buat anda dan Malaysia."

Boleh baca kenyataan penuh DS Najib Razak di bawah:

Status tersebut dimuatnaik setelah viral di media sosial menyatakan beliau akan berangkat ke Indonesia hari ini bersama isteri beliau, DS Rosmah Mansor

Image via Malaysiakini

Tangkapan skrin jadual penerbangan mereka yang menular di media sosial ini menjurus kepada orang ramai membuat spekulasi bahawa DS Najib dan DS Rosmah sedang cuba 'melarikan diri' selepas kekalahan parti politik BN pada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 baru-baru ini.

Namun begitu, menurut laporan Berita Harian, kedua-kedua mereka telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan perkara ini akan menghalang mereka untuk keluar dari negara buat masa ini.

Image via Sarawak Report

Perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sendiri di laman Facebook rasmi jabatan tersebut

Image via Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Terbaru, DS Najib turut memuatnaik status di laman Facebook rasminya menyatakan perihal perkara itu

Semalam, jadual penerbangan DS Najib dan Isteri viral di media sosial:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan #PRU14 di SAYS Seismik:

GE14 Stories