Story cover image
Cover image via France in Malaysia / Facebook

[VIDEO] Duta Perancis Gigih Cakap BM Untuk Ucap Tahniah Kepada Tun M Sempena PRU14

"Perancis bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baru dalam semua bidang."

Duta Perancis ke Malaysia, mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah membuat pembaharuan dalam pemilihan kerajaan dalam #PRU14

Video yang dimuat naik di laman Facebook France in Malaysia yang berdurasi satu minit itu memaparkan Frédéric Laplanche, duta Perancis ke Malaysia mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah melakukan perubahan dalam pemilihan kerajaan.

Dalam video itu, beliau berucap penuh dalam Bahasa Malaysia dan menjadikan video itu viral di media sosial kerana telatahnya serta kepetahannya dalam berbahasa Malaysia.

Image via Gerbang Post

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PM Tun Mahathir kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia

Dalam video tersebut, beliau juga menyatakan bahawa pihak kedutaan Perancis bangga melihat proses demokrasi dijalankan di Malaysia dengan aman dan tenang.

Menurutnya, pembebasan dan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan pencapaian hak asasi dan sumber kebahagiaan.

Jom kita sama-sama menonton video ini, memang rasa bangga jadi rakyat Malaysia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK!

GE14 Stories