Story cover image
Cover image via The Malaysian Insight / Malaysiakini

Jadual Penerbangan DS Najib Dan Isteri Viral Di Media Sosial

Beliau dan isteri akan ke Indonesia selama dua hari.

Ada desas-desus menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Abdul Razak akan berangkat ke Indonesia bersama isteri, DS Rosmah Mansor, esok, 12 Mei

Image via Malaysiakini

Menurut tangkapan skrin yang menular di media sosial, penerbangan dengan tanda ekor PK-RJX akan tiba dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Indonesia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada jam 6.00 pagi esok dan dijadualkan akan berlepas semula ke destinasi asal pada jam 10.00 pagi, hari yang sama.

Perkara ini mencetuskan spekulasi bahawa Najib akan 'melarikan diri' selepas kekalahan parti politik Barisan Nasional (BN) pada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 baru-baru ini

Malaysiakini melaporkan, terdapat sumber mengatakan bahawa Najib ingin berehat dan akan kembali selepas dua hari.

Sumber itu menolak spekulasi bahawa Najib hendak melarikan diri dari negara ini.

"Semua orang mempunyai jadual penerbangan itu... Oleh itu, mereka boleh pergi dan memeriksa sama ada dia akan melarikan diri dengan beg wang dan barangan... Dia tidak akan sama sekali melakukan perkara itu (melarikan diri)," kata sumber terbabit.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan #PRU14 di SAYS Seismik:

GE14 Stories